SYARIKAT

syarikat

Syarikat ditubuhkan pada 31 Januari 2012 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) no. pendaftaran : 002099728-W dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia no. pendaftaran : 357-02214515.

Produk utama syarikat adalah menyediakan khidmat pembuatan pelbagai jenis kotak pembungkusan terus dari kilang. Menjadi pembekal, pemborong dan pengedar kotak-kotak baru untuk kegunaan penyimpanan fail, penyimpanan dokumen, penyimpanan barangan & peralatan, kerja-kerja pemindahan pejabat, rumah, dan penstoran produk. Kotak yang dipesan boleh ditempah mengikut kuantiti yang ditetapkan dan mengikut ukuran pelanggan sendiri.

Terdapat juga kotak yang sudah sedia ada stok (ready stok) untuk dibeli oleh pelanggan. Pembekalan dan pengedaran utama kotak ini meliputi seluruh kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan pengedaran luar kawasan secara pos/ penghantaran terus bergantung pada kuantiti tempahan. Pelanggan syarikat adalah terdiri daripada Jabatan Kerajaan/ Badan Berkanun, Koperasi, Syarikat Swasta dan juga individu.

PRODUK UTAMA SYARIKAT

KOTAK READY STOK
Kotak ready stok kami sentiasa berada dalam stok yang banyak dan mencukupi untuk dibekalkan kepada pelanggan yang memerlukan kotak yang segera siang & malam.

 KEGUNAAN KOTAK READY STOK
Pindah pejabat, pindah rumah, simpanan barangan, penstoran barang-barang terpakai, simpanan file, simpanan dokumen, simpanan buku & majalah, kotak pos laju, kotak kurier, kotak pos barang, pembungkusan barangan mudah pecah (Fragile) dan lain-lain lagi.


JENIS KOTAK READY STOK
Kotak ready stok kami terdiri dari pelbagai saiz seperti berikut :-

KOTAK BESAR
KOTAK SEDERHANA
KOTAK ABBA/ ARCH FILE
KOTAK AIR MINERAL 500ML
KOTAK A4 SIZE , KOTAK A3 SIZE, KOTAK DOKUMEN
KOTAK JENIS BERPENUTUP & PEMEGANG

TIADA MINIMUM ORDER diperlukan untuk pembelian kotak – kotak ready stok secara CASH & CARRY di KEDAI KOTAK kami. Pelanggan boleh membeli mengikut keperluan masing-masing walaupun 1 unit sahaja keperluannya.

Incoming search terms:

  • tempah kotak packaging tiada minimum order
  • kilang kotak area kepong